Wednesday, August 22, 2012

Tergelincir aqidah?

Bismillahirrahmanirrahim.

Insya Allah post kali ini saya akan menulis nota dari kuliah Ustaz Zaharuddin di Tanyalah Ustaz 30 Mac 2012 yang bertajuk: Tergelincir akidah.


Ustaz membawakan ayat dari Surah An-Nahl: Ayat 106 yang bermaksud:

- barangsiapa kufur kepada Allah setelah mendapat keimanan kecuali bagi mereka yang di paksa melakukan kufur sedangkan hati di penuhi dengan iman, tetapi yang di maksudkan adalah  mereka yang terbuka hatinya kepada kekufuran, maka ke atas mereka kemurkaan besar dari Allah, dan bagi mereka azab yang besar. Kekufuran mereka itu adalah kerana mereka lebih mengutamakan kehidupan dunia dan kecintaan terhadap dunia yang melebihi akhirat. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah kepada mereka yang telah kufur ingkar.

..

Perkataan akidah berasal dari bahasa arab: Al-'aqdu yang bermaksud satu perjanjian, satu kontrak, satu ikatan seorang hamba dengan Allah untuk melakukan dan melaksanakan hak Allah utk kita abdikan diri kepada Allah.

Kalau tak tunai hak, mudah untuk tergelincir di dalam kekufuran kerana ketiadaan ilmu.

Sengaja keluar dari Islam: Murtad
Tak sengaja: Syirik (jelas dan tak jelas)

Akidah: berpegang kepada satu tali.

Iman itu apa? Imam Syafi'e dan jumhur ulama': membenarkan di dalam hati dan di ungkapkan dengan lidah dan di lakukan dengan perbuatan.

Syahadah; Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah --> tuntutan no.3 iaitu amal. Ada ulama' yang kata tiada beriman kalau x buat no.3, ada yang kata tak sempurna.

Kandungan ilmu akidah: beriman kepada Allah s.w.t: Qul huwaAllahu Ahad --> kalau yakin ada suatu kuasa lain yang kita yakin berkuasa

Lailaha illAllah: taati apa yang Allah suruh dan jangan buat apa yang Allah larang.

Gelincir: kalau hati x percaya (keyakinan) boleh tergelincir, daripada kata-kata dan perbuatan pun boleh tergelincir.

Perbuatan: sembah berhala, patung dan lain2 memang telah tergelincir akidah dan kufur kepada Allah. Nabi melarang kita simpan apa sahaja jenis patung yang ada nyawa yang mewakili benda yang bernyawa--> patung binatang, bentuk manusia dll. Malaikat rahmat je x masuk, kerahmatan rumah xde..

Kalau kita jadikan selain dari Allah yang boleh beri rezeki dan sembah

Wajib untuk tahu kerana apa saya menjadi Islam. Kerana apa Allah itu esa dll.

ceramah: Yusuf Estes

ok. setakat ni je rajin nak tulis notes.

Till then,

Izzah Mohammad


No comments:

Post a Comment