Sunday, August 12, 2012

Mood-less

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah berakhir sudah malam penghayatan cinta kami semua. Banyak sungguh ilmu dan peringatan yang di kutip. Semoga setiap langkah amal di redhaiNya.

Antara point penting yang tersemat:

-Ukhuwah itu umpama benang yang mengikat dua jiwa, jika salah 1 menarik benang ke arah dirinya, pasti orang yang satu lg sakit. Untuk tidak merasa sakit, seorang lagi mesti mengendurkan benang supaya benang tidak terlalu ketat.

-Ukhuwah itu umpama suami isteri, perlu ada sefahaman, perlu ada give and take. Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula sesama sahabat seperjuangan. Jangan mudah ambil hati sangat dengan sahabat2 ni.

-Sedikit maksiat atau perlakuan buruk boleh menarik kita ke belakang kerana iman itu turun dan naik. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sentiasa ingat, setiap apa yang kita buat akan ada impaknya kepada orang lain juga.

-Terkehadapan atau menjadi baik sorang2 bukan benda yang bagus. Jadi baik kena ajak orang lain sekali. Orang2 tua kata seiring sejalan. Jangan tinggalkan kawan2 kita lemas terkapai-kapai sedang kita bersenang-senang di zon seles.

Habis sudah intipati yang sempat di ingat. Insya Allah kalau ingat akan di tulis lagi.

Sudah dua-tiga hari semenjak selesai ber-agar-agar dan ber-onde-onde, tekak terasa perit. Mungkin bahana tidur lambat yang menjadi tabiat, mungkin juga cuaca di Sydney yang sungguh berangin dan sejuk. Angin yang sangat kuat sehingga mencecah 100kmph. Sehingga malam ini terasa perit untuk menelan dan mood untuk menyiapkan response paper untuk Development Economics sudah tiada. Nak salahkan sakit tekak mungkin juga. Mungkin khilaf sendiri juga.

Kadang-kadang kita di uji dengan sakit yang sedikit, untuk kita lebih menghargai nikmat sihat yang Allah kurniakan. Sebab, 2 nikmat yang manusia sering lupakan ialah nikmat sihat dan masa lapang. Allahu Allah.

Semoga sakit yang sedikit menjadi kaffarah dosa. Mari banyakkan berdoa dan beribadah di malam 10 terakhir Ramadhan. Teringin sungguh untuk menjejak kaki ke Haramain. Semoga Allah makbulkan dan permudahkan. Amin

Subhanallah wa bihamdihi..
Subhanallahil 'azim..

-Izzah Mohammad-
2032 Sydney AU

P.s: gambar di ambil semasa sunset di Devonport, Auckland, New Zealand


No comments:

Post a Comment