Saturday, September 15, 2012

New Zealand 2012 (part 2)

Alhamdulillah. Thumma alhamdulillah..

Hari kedua di Auckland yang sungguh excited. Cuaca di sana lebih sejuk berbanding Sydney. Pagi hari kedua di sana, hujan on and off. Hujan renyai-renyai cuma. Nad (kawan Nadia) menemani kami untuk ke One Tree Hill. Kami pun tak tau ada apa kat sana, cuma di sebabkan takde tempat nak pegi kat Auckland, so kami pergi je la kat One Tree Hill tu.

On the way ke sana, sempat lagi kami ambil2 gambar sambil2 lalu kat Auckland University sebelum  kami ambil bas di Queen Street kalau x silap.

Posing sebelum lari dari hujan

Gloomy Auckland on the morning of 28th of June 2012

  
Bukan Amanah Saham Berhad ye, tapi Auckland Savings Bank (which abbreviated as ASB)



 One Tree Hill ni terletak kat atas bukit, pendek citer kena panjat bukit. Sungguh kepenatan kami semua, dengan kepanasan. Kami hanya sempat berada di kaki bukit sebab jalan nak naik bukit tu usually orang naik guna kereta, kami je jalan kaki. SO ambil gambar dari jauh je la. Tak larat den, lagipun view dari situ pun dah lawa.
yellowish pokok yang kteorg jumpa depan entrance One Tree Hill

Teman serumah, seperjalanan, setravel. :)

One Tree Hill in Maori (bahasa orang asal kat NZ)



Sempat singgah di Observatory, agak menarik sebab ada banyak interactive punya benda and illustration dalam tu..

Illustration of Black Hole

Planet segala, tak sempat nak baca

Panas terik tapi angin dia boleh tahan sejuk..

Ni lah One Tree Hill tu. tinggal tugu je. sempat meronda di kawasan ni je..
Rupanya Aussie and NZ ni tak banyak beza pun. Dua-dua angin satu macam kalau bab weather. Macam nasi hujan panas. Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Cepat-cepat kami menuruni bukit sebelum hujan makin lebat.

Mendung dan hujan rintik-rintik, wasn't captured by my Canon
Nak di jadikan cerita, Amnah terjatuh masuk lumpur, habis kotor seluar. So kteorg terpaksa singgah ke Observatory tadi untuk menumpang toilet. ;)

Usai semua tu, kami tunggu hujan reda siket sebelum bergerak ke bus stop untuk ambik bas menuju ke Auckland CBD again.

Sampai kat CBD, sempat posing kat city diorang

SOUVENIRS!!
 Di sebabkan kami travel pada musim winter, kedai sume tutup awal. So berkejaran juga untuk lunch, beli souvenir dan fikir nak balik solat kat rumah sebab malas nak solat kat luar. Sempat juga la singgah beberapa kedai untuk beli apa yang patut. ;)

Moral of the story, jangan travel gi negara sejuk juga kalau winter!

Till then,
Izzah Mohammad




No comments:

Post a Comment