Wednesday, September 26, 2012

8 tahun.

8 tahun.
dia pergi
tanpa sebarang petanda.

Dia,
lelaki pertama
yang menjadi kecintaan
aku, dan
anak-anak perempuan dia.

8 tahun.
Aku merindu.
Rindu yang tak pernah
hilang.
Malah kian menebal.

Walau cuma 14 tahun
aku mengecap kasih,
Tiada banyak memori indah
sempat aku ingat,
Kasihmu tetap berbekas.

8 tahun.
Tanpa sempat aku mengucap
Lafaz yang tersimpan.

Aku tidak sekali-kali ingin
berkalau-kalau, kerana
Aku redha.
Takdir hanya Dia yang tahu.

Hanya mampu berdoa,
semoga Allah pertemukan kita nanti
di Jannah.

26/9/2004-26/9/2012.. Al-fatihah untuk Baba..

2 comments: