Sunday, August 26, 2012

New Zealand 2012 (part 1)

Bismillahirrahmanirrahim..

Insya Allah post kali ini akan ku coretkan serba sedikit perjalanan dan kembaraku di bumi bertuah New Zealand. Antara pengalaman yang tidak dapat ku lupakan.

...

Perjalanan bermula pabila kami meninggalkan Baitul Bushra, bergerak menuju ke airport seawal jam 7 pagi untuk catch flight jam 9 pagi (lebih kurang, sebab tak ingat).

Kami membuat keputusan untuk share baggage di sebabkan susah nak gerak kat New Zealand kalau bag banyak2. SO nak di jadikan cerita, checked in baggage kami exceed by 5 kilos!

Terpaksa keluarkan semua jeans yang berat amat itu, dan berjaya sumbat masuk ke dalam cabin luggage. Tak ku sangka rupanya Air New Zealand ni strict sangat2.. Ingatkan beli airlines mahal tak strict la, tak payah la kedekut sangat, rupanya sangkaan kami meleset. Even orang yang uruskan hal check in baggage pon memang mengaku ini semua di sebabkan Air New Zealand.

Lepas selesai check in baggage, dia nak timbang pula cabin luggage, mesti tak lebih dari 7 kilo SAHAJA! omg.. only 1 cabin luggage with 1 small personal item will be permitted. Allah, mana nak campak ni.. aku je dah ada 3 item: backpack besar, cabin luggage n sleeping bag (pun besar jugak!)

Orang yang check in tu seolah-olah memaksa kami untuk check in sahaja bag satu lagi. Masalahnya check in kat airport mahal giler, die nak charge 80dol AUD kot.. Last2 kami terpaksa menahan debaran la sebab dia kata nanti kalau kena check masa kat departure hall die x jamin.. Kami sumbat je semua barang2 masuk bag, ada juga yang tak tertimbang, keluarkan pastu pegang je kat tangan..

Selesai satu babak di counter, pegi nak masuk departure hall time lalu kat security tu, Elyna pula tak lepas. Aku tak ingat apa tapi kalau x silap Elyna terbawak die punya lotion yang lebih 100ml. Mula-mula ingat benda alah tu barang Amnah sebab Elyna bawak barang Amnah (barang kteorg dah bercampur-aduk time tu).

Lepas settle semua, tunggu punya tunggu kat gate, flight delayed pula.. Ada la sejam lebih kot, ataupun lebih dari tu.

Muka excited tambah monyok flight delayed..
Bila kami dapat masuk, tiba2 ada seorang pula tak lepas, time tu Allah je tahu debaran sebab takut bag kena timbang on the spot. Allah cuak sungguh. Rupanya boarding pass masalah cam ne entah kan..


My boarding pass

She's beautiful.. :)

Perjalanan ke Auckland, NZ mengambil masa selama 3 jam lebih menaiki boeing 747 which agak besar utk perjalanan short-haul and di sebabkan flight delayed, kami sampai kat sana around 3 lebih local time.

Lalu kastam satu hal lagi. Panjang benor beratur sebab bertembung dengan satu flight dari negara mana tah, so terpaksa beratur panjang....

Lepas kutip checked in baggage, time tu dah kul 4.30.. dan kami semua tak solat zuhur and asar lagi time tu. So rush cari surau and ambik wudhu'..

Tanya orang kat counter, dia tunjuk tempat solat. Ingatkan ada multi-religion prayer room tapi rupanya open space sahaja tempat solatnya. Usai solat kami makan dan ambik shuttle pegi umah Nad, kawan Nadia yang duk kat Auckland CBD. *CBD: Central Business District. which means city je..

Sampai kat umah die around kul7 gitu kot. Penat sangat. Seharian perjalanan dari Sydney, walhal 3 jam je. Tapi sebab perbezaan waktu (NZ cepat 2 jam dari OZ), so memang cepat benor le malamnya..

Sampai kat umah dia kami semua di sajikan dengan nasi goreng kot kawan-kawan Nad masak time tu..

Berakhir sudah journey on the first day. Penat sungguh, tapi rasa excited nak explore Auckland kan.

Next journey on next post...


Till then,
Izzah Mohammad


No comments:

Post a Comment