Saturday, December 22, 2012

Malaysia: safe and sound.

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. thumma alhamdulillah..

Sudah masuk hari ke-14 aku menjejakkan kaki di bumi Malaysia nan indah ini. Bererti sudah 14 hari juga aku meninggalkan bumi bertuah Sydney. FOR GOOD.

Sedih, Allah sahaja yang tahu. Bila mana orang bertanya, bila nak balik semula dan aku menjawab, "dah tak balik semula.." sebab dah habis belajar.. Ada satu perasaan sedih menyelinap diri ni sebenarnya..

Syukur aku panjatkan hanya pada Allah, kerana memberikan nikmat berjaya menghabiskan 3 tahun degree. Alhamdulillah.. Tahun ke-3 yang sungguh mencabar, tapi Allah permudahkan semuanya. Dan tiada kata mampu ku ucapkan untuk ummi, kerana sokonganmu yang tidak ternilai harganya dari sudut pandang seorang anak. Dan juga buat teman, sahabat, adik-beradik dan saudara mara yang sentiasa mendoakan, semoga Allah sahaja yang membalas jasa kalian dan memberikan yang terbaik untuk kalian semua dunia dan akhirat.

Sesungguhnya tanpa teman dan family, aku bukan siapa-siapa.

***

Alhamdulillah. Sudah 4 hari bergelar graduan dari University of New South Wales (officially). Pemegang Bachelor of Commerce  majoring in Finance and Business Economics. Result sudah keluar 3 minggu yang lepas, tapi cuma pada tarikh 19/12/12 sahaja aku bergelar seorang graduan yang belum graduate. insya Allah aku akan graduate bulan June nanti di Sydney.

Semoga Allah panjangkan umur untuk menerima certificate dan memakai jubah konvo macam orang lain.

Sebelum balik for good, banyak sungguh dugaan Allah bagi. Masalah rumah, shipping, barang terexceed dan lain-lain lagi masalah emosi, masalah kawan. Alhamdulillah sekali lagi, bila dah melepasi masalah2 tersebut, terasa kelegaannya.

Benarlah orang kata, jangan lari dari masalah. Tapi hadapilah, insya Allah kita akan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Bila balik Malaysia, masalah tidak kurang juga. Semoga Allah permudahkan semuanya.

***

Buat sesiapa sahaja yang membaca post ini, doakanlah saya semoga dapat sampai ke tanah suci mekah tidak lama lagi. insya Allah kalau ada rezeki boleh bertandang ke Mesir (buat umrah ziarah) insya Allah..

Sebenarnya banyak yang aku mahu coretkan, tetapi kekangan masa tidak mengizinkan aku berbuat demikian.

Insya Allah will update again soon. :)



Till then,
Izzah Mohammad

No comments:

Post a Comment