Monday, November 19, 2012

Internet oh internet..

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji buat Pemilik Alam yang Pemurah, yang mengurniakan nikmat internet yang memudahkan urusan manusia sejagat. Internet mempunyai baik dan buruknya, terpulang kepada manusia yang menggunakannya.

Semenjak seminggu dua ni, tiap2 hari boleh di katakan password internet rumah kami akan di tukar kerana ada hacker yang mencuri line internet rumah. Line menjadi slow sangat2 nak buat apa pun tak boleh. Lepas tukar je, terus laju.

Kepada hackers: ku doakan kau tidak bahagia kerana mencuri.

Tak sampai 24 jam kemudian, line akan menjadi slow balik sebab line dah kena curi balik.

Haish, hacker, sesungguhnya saya sangat geram dengan kamu. Nak try letak MAC filter, tapi leceh sebab pernah try dengan android dan line menjadi kurang stabil. So, not preferred. Walau WPA2 lagi secure dari WPA, lepas di tukar setting kepada WPA2, line kami masih juga tidak secure.

Tak sabar nak balik Malaysia sebab dah bosan dengan internet yang selalu kena curi. Security kat Barker Street ni sungguh tidak menjamin. Kepada Allah jualah kami bertawakkal untuk segalanya.

p/s: PRAY FOR GAZA.. Semoga Allah memberi kemenangan kepada saudara seislam kita dan menghancurkan zionis laknatullah. amin..


Till then,
Izzah Mohammad.

No comments:

Post a Comment