Sunday, August 26, 2012

New Zealand 2012 (part 1)

Bismillahirrahmanirrahim..

Insya Allah post kali ini akan ku coretkan serba sedikit perjalanan dan kembaraku di bumi bertuah New Zealand. Antara pengalaman yang tidak dapat ku lupakan.

...

Perjalanan bermula pabila kami meninggalkan Baitul Bushra, bergerak menuju ke airport seawal jam 7 pagi untuk catch flight jam 9 pagi (lebih kurang, sebab tak ingat).

Kami membuat keputusan untuk share baggage di sebabkan susah nak gerak kat New Zealand kalau bag banyak2. SO nak di jadikan cerita, checked in baggage kami exceed by 5 kilos!

Terpaksa keluarkan semua jeans yang berat amat itu, dan berjaya sumbat masuk ke dalam cabin luggage. Tak ku sangka rupanya Air New Zealand ni strict sangat2.. Ingatkan beli airlines mahal tak strict la, tak payah la kedekut sangat, rupanya sangkaan kami meleset. Even orang yang uruskan hal check in baggage pon memang mengaku ini semua di sebabkan Air New Zealand.

Lepas selesai check in baggage, dia nak timbang pula cabin luggage, mesti tak lebih dari 7 kilo SAHAJA! omg.. only 1 cabin luggage with 1 small personal item will be permitted. Allah, mana nak campak ni.. aku je dah ada 3 item: backpack besar, cabin luggage n sleeping bag (pun besar jugak!)

Orang yang check in tu seolah-olah memaksa kami untuk check in sahaja bag satu lagi. Masalahnya check in kat airport mahal giler, die nak charge 80dol AUD kot.. Last2 kami terpaksa menahan debaran la sebab dia kata nanti kalau kena check masa kat departure hall die x jamin.. Kami sumbat je semua barang2 masuk bag, ada juga yang tak tertimbang, keluarkan pastu pegang je kat tangan..

Selesai satu babak di counter, pegi nak masuk departure hall time lalu kat security tu, Elyna pula tak lepas. Aku tak ingat apa tapi kalau x silap Elyna terbawak die punya lotion yang lebih 100ml. Mula-mula ingat benda alah tu barang Amnah sebab Elyna bawak barang Amnah (barang kteorg dah bercampur-aduk time tu).

Lepas settle semua, tunggu punya tunggu kat gate, flight delayed pula.. Ada la sejam lebih kot, ataupun lebih dari tu.

Muka excited tambah monyok flight delayed..
Bila kami dapat masuk, tiba2 ada seorang pula tak lepas, time tu Allah je tahu debaran sebab takut bag kena timbang on the spot. Allah cuak sungguh. Rupanya boarding pass masalah cam ne entah kan..


My boarding pass

She's beautiful.. :)

Perjalanan ke Auckland, NZ mengambil masa selama 3 jam lebih menaiki boeing 747 which agak besar utk perjalanan short-haul and di sebabkan flight delayed, kami sampai kat sana around 3 lebih local time.

Lalu kastam satu hal lagi. Panjang benor beratur sebab bertembung dengan satu flight dari negara mana tah, so terpaksa beratur panjang....

Lepas kutip checked in baggage, time tu dah kul 4.30.. dan kami semua tak solat zuhur and asar lagi time tu. So rush cari surau and ambik wudhu'..

Tanya orang kat counter, dia tunjuk tempat solat. Ingatkan ada multi-religion prayer room tapi rupanya open space sahaja tempat solatnya. Usai solat kami makan dan ambik shuttle pegi umah Nad, kawan Nadia yang duk kat Auckland CBD. *CBD: Central Business District. which means city je..

Sampai kat umah die around kul7 gitu kot. Penat sangat. Seharian perjalanan dari Sydney, walhal 3 jam je. Tapi sebab perbezaan waktu (NZ cepat 2 jam dari OZ), so memang cepat benor le malamnya..

Sampai kat umah dia kami semua di sajikan dengan nasi goreng kot kawan-kawan Nad masak time tu..

Berakhir sudah journey on the first day. Penat sungguh, tapi rasa excited nak explore Auckland kan.

Next journey on next post...


Till then,
Izzah Mohammad


Wednesday, August 22, 2012

Red Velvet Cake


Bismillahirrahmanirrahim.

Harini cuaca amat baik. Berkat sungguh Ramadhan dan Syawal. Hari ke-5 terasa sungguh pantas berlalu. Esok ada test Interest Rate Risk Management bernilai 40%. Saya sungguh cuaks, semoga Allah permudah..

Haritu masa raya ada buat red velvet cake, untuk kali ke 3. First time buat time birthday amnah n nadiah, second time birthday Peiru, third time raya kali ni. Semua resepi copy from Kakzu.

Saya belum pandai nak omit atau nk tukar resepi. Follow sebijik2 macam tuan punya resepi. :) Except saya ganti guna plain flour instead of self-raising flour. Tengok kat Joyofbaking ingredient substitution, tu pun saya x follow betul2, main agak je letak baking powder.

Thanks Kakzu, Your cakes always inspired me. :) 

So resepi akan di kopipes kat sini untuk rujukan masa hadapan.


Bahan-bahan:
5 biji telur
250 gram mentega
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko powder
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright
1 cawan buttermilk
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil  cuka makan

1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula hingga kembang
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji
5. Dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Pukul hingga kembang dan ringan.
6. Larutkan baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak


KRIM:
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk


atau


500 gm creamcheese
250 gm butter anchor
250 gm gule icing
Putar hingge sebati--> saya guna resepi yang ni, sbb easier..


NOTA:
Jike tiade buttermilk dalam kotak boleh gune adunan ini ~ 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.

Amnah's tray of red velvet cupcakes (first attempt) 

Nadiah's (they share same date of birth)

mini-size (first attempt)

Second attempt - birthday ruru!
third attempt (cottage cheese sungguh mencacatkan kek)

SELAMAT HARI LAYEE


p/s; kek kat atas ni comot sebab guna cottage cream cheese. len kali confirm tak nak guna dah.. rasa cheese berketul2.. 

Tergelincir aqidah?

Bismillahirrahmanirrahim.

Insya Allah post kali ini saya akan menulis nota dari kuliah Ustaz Zaharuddin di Tanyalah Ustaz 30 Mac 2012 yang bertajuk: Tergelincir akidah.


Ustaz membawakan ayat dari Surah An-Nahl: Ayat 106 yang bermaksud:

- barangsiapa kufur kepada Allah setelah mendapat keimanan kecuali bagi mereka yang di paksa melakukan kufur sedangkan hati di penuhi dengan iman, tetapi yang di maksudkan adalah  mereka yang terbuka hatinya kepada kekufuran, maka ke atas mereka kemurkaan besar dari Allah, dan bagi mereka azab yang besar. Kekufuran mereka itu adalah kerana mereka lebih mengutamakan kehidupan dunia dan kecintaan terhadap dunia yang melebihi akhirat. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah kepada mereka yang telah kufur ingkar.

..

Perkataan akidah berasal dari bahasa arab: Al-'aqdu yang bermaksud satu perjanjian, satu kontrak, satu ikatan seorang hamba dengan Allah untuk melakukan dan melaksanakan hak Allah utk kita abdikan diri kepada Allah.

Kalau tak tunai hak, mudah untuk tergelincir di dalam kekufuran kerana ketiadaan ilmu.

Sengaja keluar dari Islam: Murtad
Tak sengaja: Syirik (jelas dan tak jelas)

Akidah: berpegang kepada satu tali.

Iman itu apa? Imam Syafi'e dan jumhur ulama': membenarkan di dalam hati dan di ungkapkan dengan lidah dan di lakukan dengan perbuatan.

Syahadah; Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah --> tuntutan no.3 iaitu amal. Ada ulama' yang kata tiada beriman kalau x buat no.3, ada yang kata tak sempurna.

Kandungan ilmu akidah: beriman kepada Allah s.w.t: Qul huwaAllahu Ahad --> kalau yakin ada suatu kuasa lain yang kita yakin berkuasa

Lailaha illAllah: taati apa yang Allah suruh dan jangan buat apa yang Allah larang.

Gelincir: kalau hati x percaya (keyakinan) boleh tergelincir, daripada kata-kata dan perbuatan pun boleh tergelincir.

Perbuatan: sembah berhala, patung dan lain2 memang telah tergelincir akidah dan kufur kepada Allah. Nabi melarang kita simpan apa sahaja jenis patung yang ada nyawa yang mewakili benda yang bernyawa--> patung binatang, bentuk manusia dll. Malaikat rahmat je x masuk, kerahmatan rumah xde..

Kalau kita jadikan selain dari Allah yang boleh beri rezeki dan sembah

Wajib untuk tahu kerana apa saya menjadi Islam. Kerana apa Allah itu esa dll.

ceramah: Yusuf Estes

ok. setakat ni je rajin nak tulis notes.

Till then,

Izzah Mohammad


Sunday, August 12, 2012

Mood-less

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah berakhir sudah malam penghayatan cinta kami semua. Banyak sungguh ilmu dan peringatan yang di kutip. Semoga setiap langkah amal di redhaiNya.

Antara point penting yang tersemat:

-Ukhuwah itu umpama benang yang mengikat dua jiwa, jika salah 1 menarik benang ke arah dirinya, pasti orang yang satu lg sakit. Untuk tidak merasa sakit, seorang lagi mesti mengendurkan benang supaya benang tidak terlalu ketat.

-Ukhuwah itu umpama suami isteri, perlu ada sefahaman, perlu ada give and take. Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula sesama sahabat seperjuangan. Jangan mudah ambil hati sangat dengan sahabat2 ni.

-Sedikit maksiat atau perlakuan buruk boleh menarik kita ke belakang kerana iman itu turun dan naik. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sentiasa ingat, setiap apa yang kita buat akan ada impaknya kepada orang lain juga.

-Terkehadapan atau menjadi baik sorang2 bukan benda yang bagus. Jadi baik kena ajak orang lain sekali. Orang2 tua kata seiring sejalan. Jangan tinggalkan kawan2 kita lemas terkapai-kapai sedang kita bersenang-senang di zon seles.

Habis sudah intipati yang sempat di ingat. Insya Allah kalau ingat akan di tulis lagi.

Sudah dua-tiga hari semenjak selesai ber-agar-agar dan ber-onde-onde, tekak terasa perit. Mungkin bahana tidur lambat yang menjadi tabiat, mungkin juga cuaca di Sydney yang sungguh berangin dan sejuk. Angin yang sangat kuat sehingga mencecah 100kmph. Sehingga malam ini terasa perit untuk menelan dan mood untuk menyiapkan response paper untuk Development Economics sudah tiada. Nak salahkan sakit tekak mungkin juga. Mungkin khilaf sendiri juga.

Kadang-kadang kita di uji dengan sakit yang sedikit, untuk kita lebih menghargai nikmat sihat yang Allah kurniakan. Sebab, 2 nikmat yang manusia sering lupakan ialah nikmat sihat dan masa lapang. Allahu Allah.

Semoga sakit yang sedikit menjadi kaffarah dosa. Mari banyakkan berdoa dan beribadah di malam 10 terakhir Ramadhan. Teringin sungguh untuk menjejak kaki ke Haramain. Semoga Allah makbulkan dan permudahkan. Amin

Subhanallah wa bihamdihi..
Subhanallahil 'azim..

-Izzah Mohammad-
2032 Sydney AU

P.s: gambar di ambil semasa sunset di Devonport, Auckland, New Zealand


Friday, August 10, 2012

Puding buah

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah berakhir sudah iftar UNSW sponsored by Malaysian kat Unsw ni. Kali ni, kami ahli Baitul Bushra di beri amanah utk menyiapkan dessert aka kueh. Walau mula-mulanya, kuih yang di request adalah seri muka, tapi banyak halangan untuk merealisasikan kuih tersebut.

Setelah berbincang mengenai constraint segala bagai, makanya keputusan majlis syura memutuskan kuih yang kami akan buat ialah onde-onde dan puding buah.. Alhamdulillah Allah bagi tenaga dan kerjasama yang agak baik dari semua ahli Baitul Bushra.

Resepi puding buah from my sister akan di compile kat sini untuk rujukan masa depan, insya Allah.

Bahan-bahan:
-Sepaket agar2 anggaran 22g (saya guna 22.5g)
-Air 3 mug
-Gula 3/4 mug (mug sama)
-Susu cair 1 tin (400ml)
-Fruit salad 1 tin (800g)

Cara-cara:
Masak air dan agar-agar sampai hancur, then add gula. Pastu tambah air buah (asingkan air dari buah, susun buah dalam bekas), then tambah susu cair. Tunggu sampai panas cket, jangan sampai didih sebab susu takleh masak lama sangat.

Setelah 7 acuan, inilah hasilnya:


Gambar  1000 biji onde-onde tak sempat nak di capture.

Ramadhan masih berbaki kurang dari 10 hari. :(
Semoga Allah redha dengan semua. Insya Allah.

Best,
-Izzah Mohammad-
2032 Sydney AU

p/s; first time post guna Blogger apps from phone, tapi macam kena edit pakai laptop jugak last sekali.

Wednesday, August 8, 2012

Turn over a new leaf.

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam 1 Malaysia. Ops silap, salam kepada semua.. Salam taaruf buat yang baru kenal, buat yang dah lama kenal, selamat dan dipersilakan untuk add ke blog list. Thanks!

Nama penuh seperti yang tertera di URL, dan juga username. Seorang anak kepada Umi dan Baba yang di kasihi, seorang adik dan kakak kepada 7 adik beradik yang lain, seorang teman dan sahabat kepada teman, seorang dai'e, khalifah dan juga hamba Allah. Sekarang merupakan penuntut tahun akhir pengajian Ijazah pertama di University of New South Wales, Sydney dalam bidang Commerce, pengkhususan Finance dan Business Economics.

Blog ni merupakan blog yang ke-XX yang pernah di create di blogspot. Setiap kali blog baru di buat, hasrat untuk menjadi serius dalam penulisan tidak pernah kendur. Semoga blog baru yang bernafas baru ini akan kekal dan tak berubah, insya-Allah.

Blog terbaru ni akan fokus kepada perjalanan seorang hamba mencari passion dan minat, serta segala yang bermanfaat akan di kongsi segalanya di sini. The road not taken adalah simbolik kepada bidang yang saya ceburi sekarang. Walau jauh dan samar, tapi jalan ini yang telah di pilih, dengan izin-Nya.

Hidup ini bukan hanya tertumpu dalam buku, tetapi apa yang lebih penting ialah menterjemah ilmu ke dalam aplikasi kehidupan. Proses menterjemah itu sukar, tapi tidak mustahil. Semoga Allah permudah.

Tema yang akan berkisar dalam blog ni: Dakwah dan tarbiyah, dunia ekonomi, politik@political economics, masakan dan lain-lain yang dirasakan perlu. insya-Allah. Blog ini di harap akan menjadi wasilah untuk mendapat keredhaan Allah, bukan sebaliknya. Jika sahabat-sahabat merasakan ada yang tidak kena, sahabat semua di alu-alukan untuk meninggalkan jejak dan menegur diriku yang serba dhaif ini.

Ala kulli hal, terima kasih Allah, kerana hari baik bulan baik, Allah membuka pintu hatiku untuk meneruskan perjalanan yang tertangguh. Setelah usia 22 tahun sudah berlabuh, semoga penulisan menjadi lebih matang dan cermat. Amin. Doakan semua ek.


Wallahu a'lam,
-Izzah Mohammad-
2032 Sydney AU.